Bagi mereka yang ingin belajar komputer separti microsoft office, exel, power point dan berbagai lagi bolehlah melayari laman web CGF Learn Free. Keistemewaan laman web ini ialah kita boleh belajar online secara percuma sahaja. apa yang anda perlu hanyalah memdaftar secara percuma kemudian log in dan pilih pembelajaran yang anda inginkan. Pembelajaran pula bukan sekadar langkah demi langkah tetapi anda boleh menonton vedio yang disertakan (pada mereka yang malas nak baca macam saya).
Sekiranya anda berminat, mudah saja caranya. Pertama sekali klik pada butang ' JOIN NOW ' dan isikan butiran lengkap anda. Setelah selesai anda bolehlah log in dan mula belajar secara online pada topik-topik yang anda suka.Web ini sesuai untuk pelajar-pelajar dan individu yang ingin memahirkan lagi penggunaan komputer dan juga perisian microsoft office. Malah penggunaan internet juga diperkenalkan dalam laman web ini. Memang menarik dan mudah untuk mengikuti pembelajaran dari laman web ini. Cubalah dan anda akan merasa seronok belajar dilaman web ini. Selamat mencuba.


pasni leh buat pasal EPSA pulok...huhu
ReplyDelete