Cara ini berguna sekiranya anda nak pc anda SHUTDOWN pada masa yang tertentu selepas anda keluar rumah/pejabat.
contoh: sedang download movie, nak tunggu lambat lagi siap, anda nak keluar rumah nak jumpa member.. time ni anda boleh gunakan teknik ini.
Tak perlu menggunakan download tools dari mana-mana, cukup dengan menggunakan aplikasi 'COMMAND PROMPT' yang sedia ada.
Sekarang mari kita mulakan.
1. Buka aplikasi Command Prompt pada pc anda. Klik Start Windows - taip CMD - ENTER.
2. Taip shutdown /s /t xxx dan tekan enter..
contoh: shutdown /s /t 3600
/s - shutdown komputer
/t - set masa
xxx - masa dalam saat yang diperlukan untuk komputer shutdown.
Dimana xxx ialah:
1 = 1 saat
60 = 1 minit
3600 = 1 jam dan seterusnya.
anda kiralah sendiri masa yang anda perlu untuk mematikan komputer anda..
3. Sebaik sahaja anda menekan butang ENTER, ikon anak kunci akan terpapar pada bawah sebelah kanan (sebelah jam) yang menunjukkan timer shutdown telah diaktifkan.
lihat gambar dibawah.
4. sekarang apa yang anda perlu buat ialah pergi jumpa member dan biarkan saja PC anda SHUTDOWN sendiri.. mudah bukan!!!
Anda juga boleh mencuba command lain seperti /r - restart PC, /h - hibernate pc dan banyak lagi.
"SELAMAT MENCUBA"
PS: sebarang cadangan amat dialu-alukan....