Sebagai pengguna PC pastinya anda akan menghadapi kerosakan software yang disebabkan oleh serangan virus atau spyware. Serangan virus atau spyware selalunya akan mengubah system windows registry. Ini akan menjejaskan prestasi dan kecekapan komputer anda seperti computer akan menjadi semakin lembab untuk memproses data. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda salah satu software yang boleh digunakan untuk memperbaiki kerosakan registry pc.
Software yang saya maksudkan itu ialah COMBOFIX. Ini ialah software yang boleh dikatakan bagus untuk memperbaiki kerosakan pada windows registry. Ianya ialah perisian percuma (freeware license) yang boleh dimuat turun dan digunakan untuk membantu membuang virus serta memperbaiki registry yang telah rosak. Kebanyakkan kes-kes serangan virus yang tidak kritikal akan dapat diperbaiki dengan hanya menjalankan aplikasi COMBOFIX. Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi COMBOFIX ini, anda perlu memuat turun COMBOFIX yang terbaru terlebih dahulu kerana COMBOFIX akan sentiasa membuat update setiap minggu. Sekiranya anda menggunakan COMBOFIX yang anda download minggu sebelumnya kemungkinan ianya tidak dapat dijalankan. Update ini sangat penting kerana setiap hari virus akan berubah-ubah.
Fail COMBOFIX juga sangat kecil sekitar 3.52 Mb sahaja. Ini memudahkan anda memuat turun fail ini dengan cepat. Tidak perlu menunggu lama kerana fail yang bersaiz besar. Sesuai digunakan pada windows XP, Vista dan Win 7. Setakat ini saya berpeluang mencubanya pada windows XP dan Vista sahaja dan hasilnya memang memuaskan.
Untuk menggunakan COMBOFIX anda hanya perlu :
1. Memuat turun aplikasi combofix.exe di laman web combofix.com dan save ke disktop pc anda.
2. Setelah selesai muat turun, jalankan (RUN) aplikasi tadi. Ikut langkah-langkah yang diberikan.
3. Tunggu sehingga proses selesai. Pc anda akan membuat Restart.
4. Proses akan berakhir setelah report combofix dikeluarkan.
Nota: Cara untuk menggunakannya pula telah diberikan secara langkah demi langkah dalam laman web http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix
Penting : Pastikan anda tahu bagaimana menjalankan aplikasi cobofix ini. Kalau tidak berkemungkinan kerosakkan lain akan berlaku.
Walaupun begitu, combofix juga mempunyai kelemahannya. Disebabkan combofix ini dijalankan pada aplikasi command promp maka sekiranya command promp telah dimatikan oleh virus (cmd disable) combofix tidak dapat dijalankan. Anda perlu membuang virus yang mematikan cmd promp itu secara manual terlebih dahulu sebelum menjalankan combofix. Ini biasa dilakukan oleh mereka yang mahir dan tahu bagaimana membuang virus-virus itu.
SELAMAT MENCUBA










