Ramai antara pengguna PC sebenarnya tahu bahawa antivirus, anti-spyware atau anti-mailware belum cukup untuk melindungi PC dari jangkitan atau perubahan kritikal dalam sistem windows. Terutama sekali untuk penggunaan PC dirumah yang menggunakan perisisan antivirus yang percuma. Walaupun ada antivirus tetapi mengapa masih ada jangkitan dalam sistem windows yang tidak dapat dikesan oleh antivirus PC anda?. Disini saya ingin berkongsi berkenaan software WINPATROL. Saya suka menggunakan sofware ini dan ianya dikira pelengkap kepada antivirus yang sedia ada.Mengapa Perlu menggunakan WINPATROL?
WinPartol ialah 'malware monitor program'. Ianya bukanlah progran Virus scanner tetapi program Security dimana ia akan memberikan amaran kepada anda sekiranya ada perubahan kritikal didalam sistem windows anda. Pemasangannya tidak akan menjejaskan penggunaan program anti-malware anda yang lain. Sekiranya ada seseorang yang mengetuk pintu rumah anda, pastinya anda tidak akan terus membuka pintu dan menyuruhnya masuk kerumah anda. Tetapi sekiranya orang yang mengetuk pintu anda itu adalah orang yang anda kenali barulah anda akan menjemputnya masuk kerumah.
Perumpamaan diatas adalah juga seperti function pada Winpatrol ini dimana ia adalah seperti pintu rumah anda. Apabila ada satu aplikasi yang cuba untuk mengubah applikasi program windows PC, Winpatrol akan memberitahu anda samaada program tersebut adalah program yang anda percayai atau tidak. Sekiranya anda tidak mempercayai aplikasi tersebut, anda hanya klik 'NO' dan applikasi itu akan batal.
Winpatrol juga dikenali sebagai Scotty bersesuaian dengan logo yang digunakan (gambar seekor anjing). Scotty akan mula bertugas sebaik sahaja windows beroperasi (windows startup). Banyak lagi function yang boleh digunakan didalam Winpetrol ini antaranya ialah:
- Startup Program - monitor kepada applikasi yang beroperasi sewaktu PC startup. anda boleh mengubah startup program anda disini untuk mempercepatkan proses startup PC anda.
- Delayed Start - sekiranya anda mempunyai aplikasi yang tidak perlu dilancarkan sewaktu PC startup anda boleh ADD disini untuk mempercepatkan proses startup PC anda. Aplikasi yang anda ADD disini akan dijalankan selepas selesai proses PC startup.
- Active Tasks - Disini anda boleh mengetahui proses yang berjalan dalam PC anda. Anda juga boleh mematikan proses disini sekiranya ada proses yang mecurigakan atau proses itu tidak boleh dimatikan secara normal.
- Cookies - disini anda boleh melihat senarai cookies dan anda boleh membuangnya sekiranya tidak diperlukan.
- Hidden File - Disini anda boleh melihat file-file yang tersembunyi (HIDDEN) juga boleh membuang file yang tersembunyi tersebut. Kebanyakkan file virus dapat anda lihat disini. Adakalanya virus baru yang tidak dapat dikesan oleh antivirus anda akan anda lihat filenya disini.
- Scheduled Tasks - disini akan anda lihat setiap scheduled yang terdapat dalam pc. Ada virus akan menetapkan scheduled pada programnya oleh itu anda dapat melihat disini. sekiranya ianya adalah scheduled virus, anda boleh mematikannya disini.
- IE Helpers - anda boleh melihat Toolbar IE helper anda disini dan sekiranya toolbar itu anda tidak perlukan anda boleh membuangnya disini juga.
Banyak lagi function yang boleh digunakan didalam WinPatrol ini dan anda bolehlah mengexplore sendiri. Juga Kebaikan winpertol ini ialah ianya PERCUMA ( License Free). Sesuai digunakan didalam windows XP, Vista dan WIN 7. Bagi pengguna Windows XP saya cadangkan menggunakan WinPetrol untuk keselamatan PC anda.
No comments:
Post a Comment