Adakah anda perasan, setiap kali anda memasukkan usb atau cd pada pc anda, cd atau usb itu akan secara automatik beroperasi (autoplay). Ini adalah kerana adanya SYSTEM AUTOPLAY pada pc. Ianya bertujuan untuk memudahkan untuk membuka fail. Tahukah anda disamping kebaikan ianya juga membawa keburukkan pada PC anda. Mengikut daripada kajian yang pernah dibuat, kebanyakkan virus dan spyware menjangkiti pc melalui usb dan cd yang telah tercemar dengan virus. Salah satu pintu masuk ke pc anda ialah melalui autoplay ini. Virus asalnya telah diprogramkan secara automatik untuk menyerang pc sebaik sahaja ianya diaktifkan. Autoplay ini pula boleh diumpamakan seperti pintu kepada pc anda. Apakah akan terjadi sekiranya pintu rumah dibuka secara automatik apabila tetamu datang samada tetamu sebagai kawan atau tetamu sebagai musuh?. Sudah tentulah rumah anda akan terdedah kepada risiko. Oleh itu disini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana caranya untuk mematikan pintu automatik ini supaya mudah untuk anda mengenali yang mana kawan dan yang mana musuh.
Ada beberapa cara untuk mematikan operasi autoplay ini. Disini saya ingin berkongsi satu cara yang mudah untuk mematikan autoplay.
1 Pada screen disktop pc, anda klik pada start menu. Pilih “RUN” dan taipkan “gpedit.msc” kemudian tekan “ENTER”.
2. Satu menu “GROUP POLICY” akan terbuka.
3. Klik tanda campur (+) pada “ADMINISTRATIF TEMPLATES” dan satu group menu akan terbuka. (seperti gambar dibawah).

4. Pilih folder “SYSTEM”. Anda akan melihat satu senarai fail disebelah kanan menu kemudian scrool kebawah dan cari perkataan “TURN OFF AUTOPLAY”.

5. Dwiklik pada fail tersebut dan menu autoplay akan terbuka. Kemudian anda tandakan “enable” serta “pilih ALL DRIVES” pada kotak menu dan klik “OK”.

6. Sekarang anda telah mematikan operasi “Autoplay” di PC anda. Ini bermakna risiko jangkitan virus ke PC anda telah anda kurangkan sebanyak 10-15%. Selepas ini, anda bolehlah membuat virus scan terlebih dahulu sebelum menggunakan USB atau CD drive anda.
NOTA: CARA DIATAS ADALAH UNTUK WINDOWS XP. UNTUK VISTA DAN WIN 7 TEKNIKNYA MUNGKIN BERLAINAN DARI DIATAS.
Tajuk lain: