April 08, 2012

UJI KEKUATAN PASSWORD ANDA

Pernahkah anda tahu sekuat manakah kekuatan katalalauan (password) yang telah kita bina?. Membina password yang amat kuat adalah penting untuk melindungi akaun internet dari penceroboh atau penggodam (hackers). Akaun internet yang penting dan melibatkan transaksi wang seperti webside perbankkan internet, akaun e-mail, akaun pelaburan internet dan sebagainya adalah berisiko tinggi untuk dicerobohi oleh penggodam web. Oleh itu memasang katalaluan yang amat kuat adalah penting untuk menghalang hackers menceroboh akaun anda.

Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana menguji kehebatan atau kekuatan katalaluan yang digunakan. Ada beberapa cara yang digunakan untuk menguji password ini, salah satunya ialah dengan menggunakan webside yang ada. Web dibawah ini adalah web yang boleh dipercayai untuk menguji kekuatan password anda.

nota: jangan tertipu dengan webside yang palsu kerana anda akan terdedah kepada pencuri password
.

Nota: Klik pada Link untuk melayari Web.





"SELAMAT MENCUBA"

March 23, 2012

MENUKAR FORMAT PDF KEPADA WORD.

Pasti ada dikalangan pembaca yang pernah membuat muat turun dokument yang berbentuk PDF dan tercari-cari splikasi untuk menukarkan format PDF itu kepada format WORD. Oleh itu, penulis ingin berkongsi aplikasi dan laman web yang boleh dijadikan sebagai agen penukar format PDF tersebut.

Di sini disenaraikan beberapa kaedah percuma untuk tukarkan format PDF itu ke Word, EXCEL atau sebaliknya.

Aplikasi ini mudah untuk digunakan dan anda tidak perlu Microsoft Office atau pun Adobe Acrobat di dalam PC anda untuk menggunakan aplikasi ini.

1. PDF to Word (Aplikasi ini perlu dipasang (install) pada PC user).



Aplikasi ini adalah percuma. Sekarang anda tak perlu mencari software cetak rompak lagi.

2. Email Gmail (Email).

Dengan teknik ini, anda hanya perlu menghantar fail PDF itu ke alamat Gmail anda dan fail attachment PDF itu akan ditukarkan menjadi format HTML. Apa yang anda perlu buat hanyalah copy dan edit fail itu.

3. Koolwire (email) Terbaik

Hantar email beserta attachment pdf anda ke doc@koolwire.com dan anda akan mendapat format RTF yang boleh dibuka oleh Microsoft Word.
Sebaiknya anda menggunakan email luar seperti yahoo atau gmail kerana fail yang diconvert sangat besar.

(Kelebihan pada jadual (table) lebih cantik kedudukannya).

4. ConvertPDFtoWord.com - link: http://convertpdftoword.net/

Anda hanya perlu hantar fail pdf dan ia akan menukarkan ke format Word

5. Freepdfconvert.com

Webside ini akan menukarkan PDF anda kepada tiga format iaitu .doc, .xls dan juga .rtf

6. Free PDF to Word.com (Aplikasi ini perlu dipasang (install) pada PC user).

Aplikasi ini perlu di install di dalam komputer anda.

Laman web - Link: http://www.free-pdf-to-word.com/index.html

7. Nitro PDF to Word (web) Baru.

link: http://www.pdftoword.com/

8. CometDocs.

link: http://www.cometdocs.com/

Anda perlu daftar dan boleh menukar bukan hanya fail word malah excel, powerpoint dan lain-lain lagi.

March 22, 2012

TEST KELAJUAN INTERNET ANDA.

Pernahkah anda terfikir berapakah kelajuan sebenar internet yang anda gunakan sekarang? adakah anda pasti kelajuan data yang dihantar itu adalah seperti yang dinyatakan dalam risalah-risalah promosi syarikat penyedia rangkaian internet anda?

Disebabkan banyak pertanyaan-pertanyaan yang bermain difikiran ini, maka saya ingin berkongsi laman WEB yang anda boleh gunakan untuk menguji kelajuan internet yang anda gunakan sekarang. Web ini sangat menarik dengan paparan 3D. Anda boleh mengetahui dimana lokasi anda dan server yang terdekat untuk di buat ujian kelajuan internet. Jadi mari kita mula menguji kelajuan internet dirumah kita.

Mula dengan melayari laman WEB http://www.speedtest.net/. Anda akan mendapat paparan seperti rajah dibawah.

Untuk memulakan ujian, anda klik pada butang "BEGIN TEST".

Paparan 3D yang menarik, Speed meter seperti sebuah kereta. anda dapat melihat data yang diterima ( DOWNLOAD ) dan dihantar ( UPLOAD ) ke server yang berhampiran... Setelah selesai anda akan dapat keputusan ujian. Dapatlah anda mengetahui kelajuan sebenar internet yang anda pasang dirumah.

Anda juga boleh memilih server yang jauh untuk untuk membuat ujian. terpulang kepada anda untuk menguji server yang jauh atau dekat.

SELAMAT MENCUBA.

LINK: http://www.speedtest.net/