March 22, 2012

TEST KELAJUAN INTERNET ANDA.

Pernahkah anda terfikir berapakah kelajuan sebenar internet yang anda gunakan sekarang? adakah anda pasti kelajuan data yang dihantar itu adalah seperti yang dinyatakan dalam risalah-risalah promosi syarikat penyedia rangkaian internet anda?

Disebabkan banyak pertanyaan-pertanyaan yang bermain difikiran ini, maka saya ingin berkongsi laman WEB yang anda boleh gunakan untuk menguji kelajuan internet yang anda gunakan sekarang. Web ini sangat menarik dengan paparan 3D. Anda boleh mengetahui dimana lokasi anda dan server yang terdekat untuk di buat ujian kelajuan internet. Jadi mari kita mula menguji kelajuan internet dirumah kita.

Mula dengan melayari laman WEB http://www.speedtest.net/. Anda akan mendapat paparan seperti rajah dibawah.

Untuk memulakan ujian, anda klik pada butang "BEGIN TEST".

Paparan 3D yang menarik, Speed meter seperti sebuah kereta. anda dapat melihat data yang diterima ( DOWNLOAD ) dan dihantar ( UPLOAD ) ke server yang berhampiran... Setelah selesai anda akan dapat keputusan ujian. Dapatlah anda mengetahui kelajuan sebenar internet yang anda pasang dirumah.

Anda juga boleh memilih server yang jauh untuk untuk membuat ujian. terpulang kepada anda untuk menguji server yang jauh atau dekat.

SELAMAT MENCUBA.

LINK: http://www.speedtest.net/

No comments:

Post a Comment