May 10, 2010

ANTI VIRUS TEST!!!

Seperti yang semua kita tahu, setiap PC atau LapTop mesti ada satu perisian/aplikasi ANTIVIRUS. Sekiranya tiada perisian ini, besar kemungkinan PC atau LapTop akan dijangkiti virus yang boleh merosakkan data. Banyak perisian antivirus yang terdapat dipasaran sekarang ini. Antaranya Kapersky 2010, AVG, Avira, Not32 dan banyak lagi. Tidak kurang juga antivirus tempatan yang dibuat dari Malaysia dan Indonesia yang dapat menghalang jangkitan virus tempatan seperti Virus 'Jambanmu'.
Tetapi pernahkah kita mengetahui bagaimana caranya untuk menguji anti virus ini berkesan atau tidak?. Jadi disini ingin saya berkongsi serba sedikit tentang teknik nak menguji anti virus yang kita gunakan itu berfungsi atau tidak.
Ini adalah cara selamat untuk menguji antivirus kepada mereka yang kurang mahir. Bagi yang sudah mahir mereka menggunakan virus-virus yang betul yang boleh di download dari laman-laman web. Bagi yang belum mahir tetapi mahu menguji antivirus sendiri bolehlah menggunakan cara ini.

1. Buka 1 fail Notepad baru kemudian salin teks dibawah dalam satu baris sahaja.

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

2. Kemudian pada menu, klik pada file, pilih save as dan pilih All Files sebagai Save as type. Sekarang namakan fail sebagai " eicar.com ".

Antivirus anda mungkin tidak membenarkan anda menyimpan fail tersebut sebagai eicar.com. Ini menunjukkan antivirus tersebut berfungsi dengan baik. Sebaliknya jika tiada sebarang amaran diberikan, cuba scan fail tersebut dengan antivirus pc anda atau dengan dwiklik pada fail eicar.com. Lihat kesan sekiranya file itu dijalankan pada pc anda.
kebanyakkan antivirus akan mengesan file ini sebagai virus. Ini kerana kebanyakkan virus seperti file ini.. Ini adalah cara selamat untuk anda menguji anti virus anda. Apakah yang terjadi sekiranya file ini adalah file virus yang tulen? sudah tentu pc anda akan dijangkiti jika antivirus anda tidak dapat mengesannya..
Jadi untuk keselamatan PC, gunakanlah anti virus yang asli dan dipercayai. Ini sekadar perkongsian kita bersama.


No comments:

Post a Comment