May 25, 2010

Translate Automatik.

Pernahkah anda terfikir untuk menterjemahkan sesuatu ayat dengan cara mudah. Contohnya dari bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia atau bahasa cina. Memang sukar bukan lebih- lebih lagi jika anda bukan berkemahiran dalam bahasa inggeris.

Jadi disini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara mudah untuk membuat terjemahan dari bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia atau bahasa cina walaupun anda tidak mempunyai kemahiran tersebut.


Laman web yang diperkenalkan kepada saya oleh seorang rakan memudahkan kerja-kerja penterjemahan ini. Terima kasih kepada member yang perkenalkan laman web ni. Laman web ini boleh di capai di url http://www.citcat.com. Web ini dibina oleh satu syarikat yang beralamat di

27-9, Level 9, Signature Offices
MidValley City
59200 Kuala Lumpur
Malaysia.

Boleh dikatakan laman web Buatan Malaysia la kan. Apa yang menarik pada laman web ini ialah ianya menyediakan kemudahan untuk membuat terjemahan dari bahasa inggeris kepada bahasa Malaysia, bahasa cina dan bahasa Indonesia. Pengunjung laman web ini hanya perlu copy dan paste perkataan atau ayat yang ingin diterjemahkan kedalam kotak yang disediakan kemudian klik butang Translate dan teks terjemahan akan terpapar dibawahnya. Saya telah mencubanya sendiri dan ternyata amat mudah sekali.

Ianya amat sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar dari sekolah rendah, menegah, penuntut IPT dan semua golongan. Cuma yang penting pastikan ada talian internet, yang lain biar citcat.com terjemahkan.


Selain dari laman terjemahan tadi, terdapat juga laman personal dinama anda boleh join sebagai ahli citcat.com. Halaman interaksi dimana anda boleh membuat memo. Halaman hiburan dimana terdapat prevew movie terbaru, permainan flash, vedio dan radio online. Banyak lagi yang menarik di dalam citcat.com yang perlu anda lihat sendiri. Akhir kata dari saya, sekiranya anda tidak tahu nak translate ayat tu ingatlah www.citcat.com sedia membantu.



No comments:

Post a Comment